Tuesday, April 17, 2012

KHAS BUAT SI PEMARAH :)

                               assalamualaikum bloggers !


Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang. Rasa marah ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya ketika marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah, antaranya adalah seperti berikut:

1. BERTENANG
Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.


2. SUSUN SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.


3. SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.


4. KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.


5. BERTUKAR ANGIN
Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.


6. MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.


7. BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK 
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda. 


8. GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL 
Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.


9. MENGUCAPKAN TA’AWUZ 
Iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu dpd syaitan (jln masuk hasutan syaitan kpd diri manusia) Maka berlindunglah dgn Allah dari kejahatannya.


10. LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dgn melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang) sabda Rasul saw :"Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud. Sabda Rasul saw: "Ketahuilah sesungguhnya marah itu seumpama bara api pada hati anak Adam, tidakkah kamu melihat kedua matanya merah, dan bengkak urat lehernya. Maka jika dapati yg demikian itu, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke bumi” meletakkan semulia- mulia anggota pada tubuh manusia kepada sehina-hina tempat supaya terhapus takabbur (ego) nya yg menjadi punca perasaan marahnya itu. Sesungguhnya dia hanyalah hamba yg hina, dijadikan dari tanah, dan hidupnya adalah dgn hasil hasil sumber tanah, dan kepada tanah ia dikembalikan. Tidak wajar baginya merasa takabbur, angkuh dan sombong.renung-renungkan yea :)


Thursday, April 12, 2012

kenapa si dia curang ?

Sakitnya hati! Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!

 Hidup Terkongkong
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.

Rasa Marah
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.

Rasa Rendah Diri
Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!

 Sering Berjauhan
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!

 Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.

 Komunikasi Yang Hambar
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.

 Landasan Hubungan Yang Rapuh
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!

 Merasa Tidak Dihargai
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

Mahu Lebih Bahagia
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.


Sikap Yang Mengada-ngada
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.

Hubungan Terlalu Rutin
Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.

Sikap Playboy!
Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.

 Ada Orang Tidak Puas Hati
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!

Saturday, March 24, 2012

ANTARA REALITI DAN FANTASI ?

assalamualaikum si cantik dan si kacak sekalian .
waktu-waktu macam nih mungkin ade sesetengah diantara korang yg tengah meratah sambal belacan sambil cicah keropok depan tv kan . tapi aku pula sibuk jer meng"excersise " kan jari aku yg montel nih atas papan keyboard yg ketul-ketul ala-ala coklat cadbury ni . ekeke . semua pasal makanan . camne la xmontel kann :) betoi x ?
ok , berbalik pada topik asal entry aku kali nih seperti yg korang tgk kat atas tuu okie . actually , xde la hot sgt entry aku kali nih . tapi aku just nk share dgn korang ape yg aku da lalui sebelum nih . mulanya hanya menggunakan mindset jer , tapi skrg semuanya menjadi nyata . mungkin korang belom paham lg kann ape yg aku dok membebel sorang-sorang nih . skrg aku da start cite , so bukak bijik mata korang luas-luas okie . alkisah dulu waktu aku form 5 , aku minat sgt dgn keta suzuki swift . swift okie bkn suis . hehe . pantang tgk lalu jer depan mata aku , aku mula lah buat muka teruja , dlm hati mula cakap "wahh ! gile bapak smart" . dan mulai dr tu lah aku mula set dalam kepala hotak aku (mindset) yg suatu hari nnt aku yakin aku pasti keta tu akan jadi milik aku , aku lekat gamba keta tu bebanyak dlm blik aku . sebelum tdo aku akan usap2 dia dan cakap dgn dia , mungkin klo korang tgk myb korang akan cakap aku gila . haha .



tapi hakikatnya skrg keta tu da jd milik aku skrg . teruja hanya allah jer yg tawu . tapitapi aku nk ucap tengs kt bapak aku sb hadiahkan keta tuu kt aku . so , skrg impian aku da jd kenyataan . dan skrg impian aku lagi satu ialah aku nk kaya dan berjaya . mungkin suatu hari nanti bakal jadi jutawan ke . mne kite twu kann . yg penting kita mindset kan dan berdoa kepada allah . sbb ape yg kite cakap dan inginkan automatik ia akan mindset di kepala kita . so , aku suggest kt cni korang buat lah camne yg aku buat nih . insyaallah korang pown akan berjaya kelak . yg penting sentiasa memohon dr allah :)

p/s : impian nk tuka pakai audi TT , ade sesape nk beli swift aku ? hehe

Friday, March 23, 2012

RINDU ITU SATU ANUGERAH DARI ALLAH :)

assalamualaikum uolls !
untuk entry kali nih aku just nk share ngan korang ape yg korang xtaw n myb bende nih korang da taw . if korang da taw aku nk korang juz kedip-kedip mata depan lappy korang yg comel nih sambil senyum jer okie . ok berbalik pada topik entry kali nih ialah tentang betapa bertuahnya kita sebagai hamba allah kerana diberikan perasaan rindu . if korang nak taw rindu pown satu anugerah okie . sesungguhnya rindu itu adalah satu anugerah if kena pada tempatnya . kerana dari rindu timbul pula keinginan untuk mengharapkan kasih dan cinta . keinginan untuk melakukan ape saje untuknya dan kerananya . TAPI korang kena ingatlah batasannya okie . actually , xsalah if korang nk merindui seseorang kerana ia ialah fitrah semula jadi manusia yg ingin dikasihi dan di rindui . yg menjadi kesalahan ialah apabila kita meletakkan perasan rindu yg melampaui batasan sehingga kita lalai dan leka bahawa kita hanyalah hamba mutlak milik allah . ya allah tabahkan lah hati hambamu ini kerana aku yakin setiap kejadian yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi . hidup ini memang xselalunya indah tetapi yg indah tu hanyalah hidup dalam kenangan .

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak” Al-Baqarah:216

Tuesday, March 20, 2012

RESEPI APAM POLKADOT :)

hye peeps !
memandangkan hari ni xley yg menarik pasai diri aku yg aku nk share ngan korang . so , malam nih untuk excercise jari aku jugak maka aku akan kongsikan dgn korang resipi apam polkadot .
actually dengar macam susah kann , tapi dalam byk2 kuih yg aku belajar aku rasa resipi ni lah yg teramat senang sekali . dann dia jugak resipi kek yg sangat jimat kos . korang ade rm 20 pown da mampu beli bahan2 dia . ok ni antara bahan-bahan untuk manhasilkan apam yg gebu2 dan comel macam aku . wah ! perasan la pulekk :-

-275 gram tepung gandum
-220 gram gula halus
-150 ml susu cair
-3 biji telur
-3 sudu kecil baking powder
-1 sudu overlet
-1 sudu esen vanilla
-pewarna dan perisa kesukaan korang .

tengok senang jer kan bahan-bahan dia . mudah dan cepat untuk dihasilkan

ok , sterusnya cara-cara untuk menyediakan apam polka dot :)

-korang masukkan putih telur dulu , kemudian pukul sampai kembang
-masukkan kuning telur , overlett , esen vanilla , baking powder , tepung , susu dan pukul sampai kembang
-asingkan adunan tadi kepada beberapa bekas , kemudian letak warna yg korang suka
-letak adunan yg dicampurkan dgn warna td kedalam cawan kertas
-boley lah start buat corak yg korang suka .
-akhir sekali , kukus dlm masa 10-15 minit :)

                                       -sebelum dikukus-

             -siap sedia untuk dimasukkan kedalam perut . ngee-

                      SELAMAT MENCUBA !

p/s : saya sedia menerima tempahan untuk kenduri dan jugak jamuan . harga boleh di runding :)


Monday, March 12, 2012

AL FATIHAH KEPADA ADIK DIRANG .

assalamualaikum bloggers .
pagi tadi on the way nk pegi keja aku dapat berita yang mayat adik dirang suda di jumpai , yg membuatkan aku terkejut beruk lagi klo korang nk taw adalah berita tentang adik dirang dibunuh dan dibakar . ya allah , dalam kotak hati nih mula terfikir yg sekarang nih nyawa kita suda xde nilai . senang-senang jer dorang bunuh dan bakar . xtaw lah ape salah budak sekecil tu kannn . maybe dia bukan sesapa bg aku , tapi allah da ciptakan kita bersaudara kan , so sebagai umat islam aku turut bersedih dan terus sedekahkan al fatihah buatnya . semoga rohnya tenang disana . mungkin dia suda menjadi slah sorang ahli syurga di sana .

takziah buat keluarganya , semoga diorang terima dengan seadanya . semua nih telah tertulis di loh mahfuz kan . maybe ape yg berlaku ade hikmahnya . setakat ni saje lah uolls semua . jum sesame tadahkan tangan dan sedekahkan al-fatihan buat adik dirang .

Saturday, March 10, 2012

LOVE IS THE ONLY WORD WITH A MILLION DEFINATIONS:)

bismillahirahmanirahim
mungkin cinta kami xsehebat kisah cinta remeo dan juliet , xsemulia cinta rasulullah kepada khadijah , dan xseromantik kisah cinta shah jehan dan mumtaz . tapi aku harap cinta kami akan tetap menjadi kisah cinta antara kau dan aku . walaupun dugaan melanda , aku harap kita dapat lalui dengan tabah . kepada insan yg telah mengisi ruang hati ini . ribuan terima kasih okie . mengenalimu adalah satu anugerah walaupun cinta aku kepada allah lebih tinggi dr cintaku kepadamu . 

aku harap dan amat berharap agar suatu hari nanti kau dapat membimbing aku dan menyempurnakan hidup aku sebagai seorang wanita . semoga allah kekalkan kebahagiaan kita hingga ke akhir hayat .
copyright©hak milik teratak cik dyra sahaja