Tuesday, October 18, 2011

DIMANAKAH LETAKNYA HATI MEREKA :(

assalamualaikum bloggie tersayang ,
malam nih sy malas nk membebel panjang2 just nk cite pasal ape yg sy dengar dan baca pagi tadi
tadi time nk p keja macam besa lah buka channel radio feveret sy hot f.m.dlm sibuk2 dok layan lagu tibe2 dengar dorg cakap pasal bayi kena kelar tuh.tiba2 terasa sedih hati nih sambil terfikir manusia jenis ape lah orang yang buat tuh . binatang pown belom tentu buat anak dia macam tu kan.tapi tu manusia bukan binatang mane nk sama kn..tp perumpamaan jer ...
ni sy nk share gmba dan keratan akhbar yg sy baca dekat metro tadi.so kepada sesapa yg baca belog sy nih nilailah sendiri okeh
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.



sayu jer hati tengok kan.ni lah bayi yg dikelar tuh,jangan risau lah sayangg awak dah ade kt syurga pown,semoga awak aman disana okie.dan apa lah nasib ibu awak kt sini.al-fatihah~

No comments:

Post a Comment

copyright©hak milik teratak cik dyra sahaja