Saturday, October 1, 2011

KALAU DAH JODOH TAK KEMANA LAH !

assalamualaikum sayang sayang semua !




Pernah dengar orang kata “Kalau ada jodoh, tak ke mana”, “tak ada jodoh”, “jodoh tak panjang” dan sebagainya? Sejauh mana kita faham apa itu jodoh? Dulu aku selalu guna salah satu ayat tu. Tapi mungkin dulu aku tak berapa paham secara mendalam maksud jodoh tu.besa lah,budak2 kecil lagi an.still mentah nak fikir tentang nih.
Orang kata ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. aku setuju. Pada aku jodoh setiap orang telah di tetapkan. Kita cuma perlu berdoa supaya jodoh kita itu adalah yang terbaik untuk kita dan berusaha untuk mencari di mana jodoh kita. Bila waktunya sampai, kahwin la kita.
Kalau dah memang jodoh kau dengan seseorang, walau datang cabaran banyak mana sekali pun, takkan dapat memisahkan kau dan dia. Kalau dah memang jodoh kau dengan dia, kau elak la macam mana pun, kau benci lah dia banyak mana pun, kau gaduh la dengan dia sampai bergegar bumi, kau takkan dapat lari dari ketentuan-Nya.
Begitu juga kalau kau tak ada jodoh dengan dia, kau janji sehidup semati pun tak ada guna. Kalau kau tak ada jodoh dengan dia, kau paksa macam mana sekali pun tak akan berjaya. Ambil contoh cerita Laila Majnun dan Romeo & Juliet. Tak ada jodoh antara mereka. Berusaha bagai nak rak, akhirnya sama-sama mati tanpa dapat hidup bersama.
Nenek aku pernah pesan, kalau nak jodoh yang baik, setiap kali lepas solat, doa dan minta pada Allah supaya jodoh kita adalah yg terbaik dan dari kalangan yang baik-baik. Kalau jodoh kita bukan orang yang baik sebelum kita bersama dia, doa dan mohon pada Allah supaya dia akan berubah menjadi baik dan lebih baik bila bersama dengan kita.
Jodoh tak kenal beza umur. Jodoh tak kenal paras rupa. Jodoh itu ketentuan Allah. Jodoh itu kerja Allah. Jodoh itu anugerah dari Allah. Siapa kita untuk menghalang dan mengkritik kerja Allah, Yang Maha Berkuasa dan Maha menentukan atas sesuatu yang dikehendaki-Nya.so,terimalah seadanya.stakat ini saja.babye :)


No comments:

Post a Comment

copyright©hak milik teratak cik dyra sahaja