Saturday, April 16, 2011

HANYA UNTUKMU ;)

Assalamualaikum !
untuk entry kali nih cik dyra nk syer tentang ape yg lelaki perlu tahu tentang wanita
ape dye cik dyra ??
hah ! nak taw kn..
lets check it out !!

 


andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta,lelaki itu xsemestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dye lemah tapi dye sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
 
andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dye memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dye sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru  bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah  semakin bertambah sayang mereka  semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.

andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dye tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dye mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dye mahu anda berubah, itu bukan bermakna dye tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dye mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna  dye tidak sayang..sebaliknyaa dye terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dye terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dye hanya  mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dye mengada-ngada. dye bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dye tidak mencintai tetapi dye mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dye rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dye hanya menguji kamu. dye mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dye dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dye bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dye mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dye menukar fikirannya dalam masa sesaat.
andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dye tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dye hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dye kembali tenang, percayalah dye akan mencari anda semula. itu tandanya dye benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dye terlalu emosional. tapi dyelah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

andai lelaki tahu...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dye punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..

jd,hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dye didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dye juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dyelah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda suatu hari nanti..


p/s : perempuan memang dilahirkan sangat COMPLICATED untuk difahami.. itu je cik dyra nak cakap.. tp kadang-kadang lelaki juga sukar untuk difahami..  so,sama2 COMPLICATED okie.. :D

No comments:

Post a Comment

copyright©hak milik teratak cik dyra sahaja